Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri..

Sunday, September 27, 2009
Nampak nyer sudah lama tidak melakukan sebarang bentuk penulisan di dalam blog ni. ada banyak sebab..antaranya..

1. Tak ingat password <-- masalah yang paling utama
2. Ada sejenis penyakit yang melanda iaitu penyakit 'M'
3. Melakukan sesi pemulihan dari mabuk todi mabuk pegnant. <--Alhamdulillah..sudah pulih

Berbalik kepada tajuk asal seperti yang tertera di atas, tahun ni merupakan tahun ketiga aku dan Encik MSH meraikan kedatangan syawal bersama-sama. Syukur alhamdulillah kerana inilah pertama kali nyer Encik MSH dapat berpuasa selama sebulan bersama-sama dengan aku. Begitu juga dengan tahun-tahun yang mendatang. Insyallah..

Tahun ni, aku beraya di kampung halaman..(ceh!! macam dok jauh ngan parent jer gaya nyer). Macam biasa lah..keadaan lalu lintas di dalam umah sangat menggerunkan. Sib baik boleh handle dengan secepat mungkin. Dari lepas sembahyang raya sampailah ke malam hari. Tiada ruang kosong pun kat umah. Semuanya di penuhi dengan tetamu. Terima kasih kepada Encik MSH dan Abang Ngah aku coz menjadi tukang cuci pinggan mangkuk merangkap pemegang title "pembancuh air". Sepatutnya, tu semua tugas aku..almaklumlah tahun ni aku letak jawatan secara sementara..

Menu tahun ni agak berubah..biasa nyer asik buat laksa jer. Tahun ni tukar menu ke nasi minyak dan sate yang telah ditempah khas. Bila citer bab sate ni yang paling lawak sekali. Tempah dalam kuantiti 200++. Yang hidang kat tetamu tak sampai 50 cucuk..yang lain nyer anak buah aku sorok..hantu tul budak2 nie..

Raya ketiga baru berangkat pulang ke Rawang. Tahun ni Encik MSH kena standby. Handphone sentiasa dalam poket..mana tau ada on call. Tue yang tak berjalan kemana2 pun.

Sempena bulan yang mulia nie aku ingin mengucapkan selamat hari raya dan maafkanlah segala khilaf yang ada samada sengaja atau pun tidak..

1 comments:

syira said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin :)
seronok nye tahun ni dapat puasa penuh.
bila due omei?

Post a Comment