Tuesday, July 28, 2009

Bermalam Di K.S.H

Tuesday, July 28, 2009
Alkisahnya..di sebabkan sudah terlalu lama tidak pergi bercuti, maka nyer aku dan Encik MSH telah merancang untuk menginap sambil menghirup udara segar di The Legend, Cherating. Walaupun jarak Kuantan ngan Cherating tu hanyalah sekangkang kera, kami berdua tidak ambil port. Terima Kasih kepada owner The Legend pemilik kad The Legend kerana sudi menolong kami berdua ni haa..

Pagi sebelum ke Legend, aku ditemani oleh Encik MSH untuk membuat check up bulanan dengan Dr. Khaled kat Kuantan Specialist Hospital. Alhamdulillah..semua nyer sihat. Oleh kerana, patient Dr. Khaled pagi tu agak ramai, maka aku dan Encik MSH rush untuk men'settle' perkara-perkara lain. Disebabkan keadaan aku yang tak berapa nak makan sangat. Seingat aku hari tu, aku hanya makan bubur ayam McD sahaja. After settle semua urusan, balik rumah kemas2 barang dan terus ke The Legend.

Pada petang nya, aku merasakan seperti ada sesuatu yang tak berapa nak best telah berlaku pada diri aku..huhu..bleeding yang agak menakutkan. Dengan pantas nyer, Encik MSH terus membawa aku ke K.S.H untuk mendapatkan kepastian. Sudahnya, aku kena warded dan perlu diberi pengawasan selama 24 jam. Terima kasih kepada Dr. Khaled yang susah payah datang kul 11.45 malam dan terima kasih kepada semua kakitangan K.S.H yang sangat peramah dan baik hati.

Peristiwa yang menakutkan ini menyebabkan aku diberi M.C selama 1 week. Alhamdulillah, selepas 1 week, semua nyer sihat..

Dan perkara yang paling best sekali adalah
...
...
...
...
...


No bilik kat The Legend adalah: 601


No Bilik kat K.S.H adalah: 106

Sunday, July 19, 2009

Apa Kes nie?

Sunday, July 19, 2009
Masih lagi terkejut dengan citer jiran aku yang mengajar di sebuah sekolah menengah dan menyatakan bahawa sekolah nyer menjadi kes polis baru-baru ni. Kisah nyer bermula apabila seorang guru mengambil tindakan terhadap pelajar tingkatan lima nyer yang sering ponteng dari menghadiri kelas tambahan untuk peperiksaan S.P.M. Akibat tidak berpuas hati terhadap paksaan itu, pelajar tersebut balik ke rumah dan membawa sebilah pisau untuk menikam guru tersebut..erk??..dan yang paling BODOH MEMBANGGAKAN sekali ibu bapa pelajar tersebut mahu menyaman pihak sekolah seandai nyer kes tersebut di bawa ke pihak polis. erk?..

Apa citer nie?..aku dengar pun rasa macam nak lempeng lempang jer bebudak macam tue. Fikirlah, kelas tambahan tu semua adalah untuk kebaikan masa depan. Aku bukan nyer apa, derang ni macam tak nak amik iktibar dengan banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini. Betapa menyesal nyer pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan yang besar tue.

Seingat aku, dulu aku pun selalu kena rotan dengan cikgu (Difahamkan sekarang disebabkan kemanjaan, rotan diharamkan!!).

1. Dengan Cikgu Hamidi - Sebab tak hafal sifir 7 masa darjah 3.
2. Dengan Cikgu Ghani - Sebab dari 30 soalan math aku salah 7 masa darjah 5.
3. Dengan Cikgu Zaidi - Sebab sorang budak kelas kuang ajor..satu kelas kena denda tulis "Saya Minta Maaf" sebanyak 1000 kali.

Ada aku nak mengamuk2??..ada nak repot mak ayah aku??..(confirm aku kena cepuk balik ngan parent kalau report pasal salah aku sendiri). Betapa beruntung nyer budak zaman sekarang. Anak wat jahat jer, mak ayah akan cover line..BAIK PUNYA!!!

Melangkau ke skolah menengah pula, kena ragging masa baru masuk hostel. Kena tiup mentol lampu sampai padam beb!! kena merangkak bawah katil jadi askar lah..Itu baru sket..siap kena cium monyet kat dinding skolah aku sampai monyet tu senyum (Ada lagi ke mural tu skang?..mmmm). Tapi, 3 tahun selepas kitorang, junior2 yang hanya disuruh menyanyi untuk dapatkan tandatangan siap wat report kat H.E.M disebabkan kena ragging. Aku tak tau pulak menyanyi tu salah satu bentuk ragging..

Bila baca paper tengok bebudak zaman sekarang..ishk..ngucap panjang aku rasa.. MENAKUTKAN..macam nak MENETES air mata..MENANAH telinga..

So, bila jadi camni, saper yang nak disalahkan sekarang?..adakah Pemimpin Negara? adakah Ibu Bapa? adakah para Pendidik? atau adakah Jiran Sebelah rumah?


Nota Kaki: Kepada cikgu2 yang telah mendidik dari zaman aku skol tadika lagi, terima kasih yang tak terhingga..sebab rotan cikgu saya berjaya. Sebab rotan cikgu lah dalam kelas tu ada yang jadi Arkitek, Engineer (paling ramai), Doktor dan sebagai nyer..

Thursday, July 9, 2009

Karnival Pasdec

Thursday, July 9, 2009
Baru-baru ini, aku and Encik MSH telah mendapat jemputan khas untuk cabutan bertuah Karnival Pasdec dekat Megamall. Hadiah nyer??..mmmm memang sangat best. Sebuah kereta Naza Forza. Aku tak der lah baper nak excited sangat nak pergi pun memandangkan setiap kali cabutan bertuah, nama @ nombor aku memang tak pernah naik. Huhuhu..betapa bertuah cemerlang nyer aku ni.


Lapo plak bila tengok signboard Delifrance tue..huhuu

Seratus pembeli pertama telah dihadiahkan dengan lampu tido yang sangat cantik ini.


Tetau jer aku suke warna ni..

Nombor yang kami dapat pada petang tu adalah 90. So, ada lah juga mengharapkan sesuatu yang baik, disebabkan ada 10 hadiah yang menanti. Tak dapat kete, dapat set sofa tajaan Anjung pun jadilah. Jadi nyer..masa cabutan bertuah tue bermula..nombor yang memula dipanggil adalah 98 kemudian diikuti dengan 48. Seterusnya 28, selepas itu 81. Pelik kan..semua nyer ada nombor 8. Dan yang paling best sekali adalah..pemenang utama kereta Naza tersebut adalah bernombor 58. Suratan kah atau kebetulan kah??..hehehehe..

Walaupun hanya mendapat lampu tido, tue dah kira berbaloi juga lah mengenangkan nak parking sket nyer susah masa awal2 datang..