Sunday, July 19, 2009

Apa Kes nie?

Sunday, July 19, 2009
Masih lagi terkejut dengan citer jiran aku yang mengajar di sebuah sekolah menengah dan menyatakan bahawa sekolah nyer menjadi kes polis baru-baru ni. Kisah nyer bermula apabila seorang guru mengambil tindakan terhadap pelajar tingkatan lima nyer yang sering ponteng dari menghadiri kelas tambahan untuk peperiksaan S.P.M. Akibat tidak berpuas hati terhadap paksaan itu, pelajar tersebut balik ke rumah dan membawa sebilah pisau untuk menikam guru tersebut..erk??..dan yang paling BODOH MEMBANGGAKAN sekali ibu bapa pelajar tersebut mahu menyaman pihak sekolah seandai nyer kes tersebut di bawa ke pihak polis. erk?..

Apa citer nie?..aku dengar pun rasa macam nak lempeng lempang jer bebudak macam tue. Fikirlah, kelas tambahan tu semua adalah untuk kebaikan masa depan. Aku bukan nyer apa, derang ni macam tak nak amik iktibar dengan banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini. Betapa menyesal nyer pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan yang besar tue.

Seingat aku, dulu aku pun selalu kena rotan dengan cikgu (Difahamkan sekarang disebabkan kemanjaan, rotan diharamkan!!).

1. Dengan Cikgu Hamidi - Sebab tak hafal sifir 7 masa darjah 3.
2. Dengan Cikgu Ghani - Sebab dari 30 soalan math aku salah 7 masa darjah 5.
3. Dengan Cikgu Zaidi - Sebab sorang budak kelas kuang ajor..satu kelas kena denda tulis "Saya Minta Maaf" sebanyak 1000 kali.

Ada aku nak mengamuk2??..ada nak repot mak ayah aku??..(confirm aku kena cepuk balik ngan parent kalau report pasal salah aku sendiri). Betapa beruntung nyer budak zaman sekarang. Anak wat jahat jer, mak ayah akan cover line..BAIK PUNYA!!!

Melangkau ke skolah menengah pula, kena ragging masa baru masuk hostel. Kena tiup mentol lampu sampai padam beb!! kena merangkak bawah katil jadi askar lah..Itu baru sket..siap kena cium monyet kat dinding skolah aku sampai monyet tu senyum (Ada lagi ke mural tu skang?..mmmm). Tapi, 3 tahun selepas kitorang, junior2 yang hanya disuruh menyanyi untuk dapatkan tandatangan siap wat report kat H.E.M disebabkan kena ragging. Aku tak tau pulak menyanyi tu salah satu bentuk ragging..

Bila baca paper tengok bebudak zaman sekarang..ishk..ngucap panjang aku rasa.. MENAKUTKAN..macam nak MENETES air mata..MENANAH telinga..

So, bila jadi camni, saper yang nak disalahkan sekarang?..adakah Pemimpin Negara? adakah Ibu Bapa? adakah para Pendidik? atau adakah Jiran Sebelah rumah?


Nota Kaki: Kepada cikgu2 yang telah mendidik dari zaman aku skol tadika lagi, terima kasih yang tak terhingga..sebab rotan cikgu saya berjaya. Sebab rotan cikgu lah dalam kelas tu ada yang jadi Arkitek, Engineer (paling ramai), Doktor dan sebagai nyer..

1 comments:

AKU yang bernama kawan... said...

saye nak tambah cikgu...

1.kene tarik dan pulas pusat dengan cikgu rabaei(tobat ingat nama...sebab dia cikgu paling garang) sebab tak bleh angkat tangan utk setiap sifir yg dia tnya secara rawak.. tinggal aku jer org terakhir yg tak bleh jawab...
2. kene rotan ngan cikgu darus.. sebab kes masuk kelas lewat (sebab sebenar tak ingat.. tp yg pasti lepas waktu PJ.) ada masa2 lak... kene lari keliling padang pakai baju kurung sekolah (sebab kelas aku depan padang jer) huhu..
balik umah.. wat sempoi je.. kalo cerita kat parents.. mmg kene lagi teruk..
hehe.. tu salah sikit perilaku masa dulu la.... yg membuatkn aku menjadik org terpelajar...dan masih belajar.. hahaha

Post a Comment