Tuesday, June 23, 2009

Kenapa Tidak Sambung PhD??

Tuesday, June 23, 2009
Aku cam dah kuyu lali bila ada yang menanyakan soklan maut nie. Bakal Dr. Bahari a.k.a Abang Bah selalu mengajukan soalan ini. Asal masuk semester baru jer mesti dia tanya..Asal kuar iklan Kementerian Pendidikan jer mesti dia tanya..Huhuu..bukan tak nak sambung tapi;

jeng..jeng..jeng..jeng..


1. TRAUMA wat master pun tak berapa nak kebah lagi.
2. Tengah plan untuk mendapatkan new umat islam.
3. Ekonomi sekarang belum lagi stabil.
4. Dan reason paling kukuh sekali adalah aku kena bayar duit pinjaman PTPTipu dan YPahang (Sib baik bayar 50% jer) setiap bulan.

Cita-cita tu memang ada, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni. Bila dikenangkan zaman wat master dulu..pergh!! memang mencabar tenaga dan minda lah. Kena plak wat kat universiti yang dianggap selalu menendang student nyer. Bagi aku subjek yang diambil memang tiada masalah. Masalah nyer adalah terletak pada thesis. Sambil menulis thesis sambil kena wat sistem. Sistem tu plak bukan nyer yang cikai2..Asal terlari jer 1%-5% dari literature review, sila lah kemaskini semula sistem anda. Tapi, tu semua cabaran..nak tunggu viva ajer, aku kena betulkan 3 kali sistem tu. Penyelia nak cam lain, audit committee nak cam lain, aku nyer timbalan dekan nak cam lain..hahaha..aku stress!! Tiap malam aku akan menjadi Batu Belah Batu Bertangkup..Walaupun Si Hud (roommate aku) selalu tengok aku cam LLH (Look Like Happy) jer..

Tapi, tu semua 3 tahun yang lepas, bila opismate aku tengah dok pulun nak siapkan thesis..ni lah masa untuk kacau bagi semangat sambil2 menolong dan menghulurkan apa saja bantuan selagi termampu.

So, kepada kawan-kawan yang sedang sambung belajar dan akan sambung belajar (termasuklah anak buah aku si Nuex yang akan amik Mechanical Engin di Uitm) selamat lah menempuh alam persekolahan semula dan rajin-rajin kan lah diri anda agar mendapat 4.0.

Monday, June 15, 2009

Mari Main Air..

Monday, June 15, 2009
Baru-baru ini, aku sekeluarga (Kak Long, Kak Ngah and Kak Chik sefamily) telah berkonvoi beramai-ramai ker Bukit Gambang Resort City. Hendak dijadikan cerita berkonvoi lah kami sebanyak empat kereta. Setiba nyer di sana, aku dah nampak dah berderetan kereta berhenti di pintu masuk. Rupa-rupanya taman tema tersebut ditutup dan dibuka kembali pada bulan 8 disebabkan main cable meletup. Main cable meletup??..ni apa kes nie?..Dah lah kitorang dah bawak bekalan makanan, ditambah plak dengan bayar tol dari Kuantan-Gambang sebanyak RM2.90. Tak der plak derang war-warkan dalam suratkhabar..

Oleh kerana mood untuk bercuti tue dah tebal dalam diri, maka alternatif lain adalah ke Kuala Kenau, Sempurna Resort ataupun De Rhu. Bila cakap jer De Rhu..kakak2 aku semua nyer mencebik..yelah, De Rhu ngan umah derang x sampai 5 minit. Baik berkelah kat umah jer..

Oleh kerana jarak dari Gambang ke Sempurna Resort tidak berapa jauh. Maka, kami bersepakat untuk ke sana. Tempat yang sangat menarik (bagi yang ada anak lah). Walaupun kecil, tetapi kolam untuk budak2 main air agak besar juga lah. Sampai muka abis rentung lah. Bayangkan sonok nyer anak buah aku main air dari kul 12 tu sampai lah kul 4 petang. Itu pun, sib baik pihak pengurusan menghalau menghentikan operasi kerana kilat dan guruh. Kalau tak, mau nyer sampai petang dok berendam..


Tangan ini Pak Itam punya..


Lihat lah betapa rentung nyer derang..


Cam main ujan jer..


Sampai pejam2 lah mata si Nabil tue..

Sunday, June 14, 2009

Ada apa dengan Tarikh

Sunday, June 14, 2009
Suatu ketika dulu, ketika zaman berada di Kolej Proton..aku dan kawan-kawanku selalu pilih date untuk kawen. Antara nya adalah 020202, 030303, 040404, 050505, 060606, 070707..dan ada gak yang pilih 080808. Time tu bila sebut 090909 terasa macam dah tua jerk untuk mendirikan umah dan tangga. Tapi itu tak mustahil..sedangkan aku sendiri pun berkawen ketika umur 27.

Berbalik kepada tarikh-tarikh yang cantik. Ada yang kata senang nak ingat dan ada yang kata dah tilik kat kalendar cina kalendar islam. Tapi, bagi aku apa-apa pun date yang dipilih yang penting kasih sayang dan keserasian antara pasangan tu yang penting..

Baru-baru nie, aku dan Encik MSH telah menerima jemputan dari Dayah untuk makan kenduri nyer kat Subang Jaya. Date yang dipilih pun sangat cantik iaitu 060609. Makna kata, setiap kali anniversary confirm derang cuti.


Pegang..


Tarik..

Setibanya di umah Dato' Zainon, perasaan sangat teruja sebab kenduri si Dayah ni berkonsepkan "perkahwinan di dalam padang bola taman". Bagus tul kalau umah betul2 depan padang bola..at least x der lah sesak sangat jalan raya.


Nota Kaki: Diharapkan semoga Dayah dan Kash bahagia hingga ke hujung nyawa...

Tuesday, June 9, 2009

Itu Rumah Kami

Tuesday, June 9, 2009
Alhamdulillah..setelah menunggu hampir 1 tahun, akhirnya hari nie dapat juga kunci rumah. Ini lah hadiah anniversary paling besar untuk aku dan Encik MSH. Walaupun orang yang sebaya dengan kami telah lama berumah yang tidak bertangga..tetapi aku tetap bersyukur, rumah yang diidam2 kan berada didepan mata.


Kecik eik..gambo??..

Mungkin dah tersurat rezeki aku dan Encik MSH untuk memiliki rumah ini. Asal nyer, rumah yang ada balkoni nie (type A) memang jadi pilihan pertama kami. Tetapi, bila memikirkan kos pembayaran bulanan, maka memang terpaksa lah melupakan hasrat murni itu. Jadi, aku dan Encik MSH merancang untuk membeli rumah type B (tanpa balkoni). Hendak dijadikan cerita, sampai saja di PASDEC, rumah type B tersebut dah sold out. Yang ada hanyalah type A (ada balkoni). Itu pun tinggal satu unit jer lagi. Tanpa memikir panjang..terus setuju jer lah. Heheheh..memang rezeki lah.

Mak selalu bising bila Kak Long dan Kak Ngah aku beli rumah dua tingkat..Alamak mak..maaf lah yer..anak mu ini pun rumah nyer dua tingkat. Bukan nyer apa, bila wat kenduri kendara boleh lah letak separuh sedara mara ke tingkat atas.

Mungkin selepas merosakkan mencantikkan rumah ini selepas raya baru lah boleh masuk. Lagi cepat lagi bagus..mana leh tahan, rumah dah ada tapi tak leh nak duduk. Maka, selepas ini aku dan Encik MSH akan menjadi warga Bandar Damansara. Ulang suara..Bandar Damansara Kuantan bukan nyer Damansara di KL nun.

Sekali lagi, syukur yang tidak terhingga kepadaNYA..

Sunday, June 7, 2009

Sebelum dan Selepas

Sunday, June 7, 2009
Lawak nie telah dihantar ke email oleh salah sorang opismate aku iaitu Ananthi..siot nyer lawak. Oleh kerana lawak nie memang teramat sengal, maka amatlah bermakna sekali jika aku letak kan di dalam blog agar Encik MSH boleh membaca nyer..heheh..

Before Marriage:

He: Yes! I have been waiting for this moment!
She: Do you want to leave me?
He: NO! Don't even think about it!
She: Do you love me?
He: ofcourse! Over and Over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why you are even asking that?
She: Will you kiss me?
He: Every chance i get
She: Will you hit me?
He: Are you crazy? I am not that kind of person!
She: Can i trust you?
He : yes.
She: darling...............

After marriage:
Read it from the bottom to top!