Tuesday, July 28, 2009

Bermalam Di K.S.H

Tuesday, July 28, 2009
Alkisahnya..di sebabkan sudah terlalu lama tidak pergi bercuti, maka nyer aku dan Encik MSH telah merancang untuk menginap sambil menghirup udara segar di The Legend, Cherating. Walaupun jarak Kuantan ngan Cherating tu hanyalah sekangkang kera, kami berdua tidak ambil port. Terima Kasih kepada owner The Legend pemilik kad The Legend kerana sudi menolong kami berdua ni haa..

Pagi sebelum ke Legend, aku ditemani oleh Encik MSH untuk membuat check up bulanan dengan Dr. Khaled kat Kuantan Specialist Hospital. Alhamdulillah..semua nyer sihat. Oleh kerana, patient Dr. Khaled pagi tu agak ramai, maka aku dan Encik MSH rush untuk men'settle' perkara-perkara lain. Disebabkan keadaan aku yang tak berapa nak makan sangat. Seingat aku hari tu, aku hanya makan bubur ayam McD sahaja. After settle semua urusan, balik rumah kemas2 barang dan terus ke The Legend.

Pada petang nya, aku merasakan seperti ada sesuatu yang tak berapa nak best telah berlaku pada diri aku..huhu..bleeding yang agak menakutkan. Dengan pantas nyer, Encik MSH terus membawa aku ke K.S.H untuk mendapatkan kepastian. Sudahnya, aku kena warded dan perlu diberi pengawasan selama 24 jam. Terima kasih kepada Dr. Khaled yang susah payah datang kul 11.45 malam dan terima kasih kepada semua kakitangan K.S.H yang sangat peramah dan baik hati.

Peristiwa yang menakutkan ini menyebabkan aku diberi M.C selama 1 week. Alhamdulillah, selepas 1 week, semua nyer sihat..

Dan perkara yang paling best sekali adalah
...
...
...
...
...


No bilik kat The Legend adalah: 601


No Bilik kat K.S.H adalah: 106

2 comments:

syira said...

omei..
anda pregnant kah? ^_^

o.m.e.i said...

Alhamdulillah..jawapan bagi pertanyaanmu itu adalah "ya"..hehehe...

Post a Comment