Thursday, April 30, 2009

Oh..sangat suka permainan ini

Thursday, April 30, 2009
Aku telah di beri tugasan oleh Mimah untuk menjawab semua soklan2 nie..hahah..jangan risau, aku akan menjawab dengan begitu lancar dan berkhemah berhemah sekali..

Ini peraturan permainan ini:

Let we begin:

1.) Put your music player on shuffle
2.) Press forward for each question.
3.) Use the song title as the answer to the question.
4.) NO CHEATING!!!

Actually, dalam windows media player aku, aku tengah dengar lagu lama2 tahun 90an. hahaha..lawak lah pulak aku rasa..

1.) How am I feeling today?
Akulah Kekasihmu - Axls (Ahak..ahak..aku lah kekasih awal dan akhir Encik MSH)

2.) Where will I get married?
Srikandi Cintaku - Bloodshed (Sangat tepat sekali..tapi lagu nie sedih lah dowh..)

3.) What is my best friend's theme song?
Seribu Tahun Takkan Mungkin - BPR (Macam tak betul jerk ni..dia dah nak kawen dah pun..)

4.) What is/was highschool like?
Cinta Abadi - Blackrose (go S.A.B.S go!!!)

5.) What is the best thing about me?
Cinta dan Airmata - CRK (Aku memang pencinta setia dan aku memang sensitif walau dasar nyer nampak tabah)

6.) How is today going to be?
Mengintai Dari Tirai Kamar - Exist (Hehee..Encik MSH, I tengah intai U ni..)

7.) What is in store for this weekend?
Rahsia Pohon cemara - Exist (Aku ada merahsiakan sesuatu ke ni..??..ermm..)

8.) What song describes my parents?
Mahligai Bernama Cinta - Farish (Sangat sayang kedua ibu bapaku)

9.) How is my life going?
Kau Merubah Segalanya - Fauziah Latiff (Sesungguhnya Encik MSH dah banyak ubah aku)

10.) What song will they play at my funeral?
Untukmu Sayang - Febians (Mak aihh..nie yang tangkap sedih nie)

11.) How does the world see me?
Kenangan Lalu - Flybaits (X per2..kenangan lalu amat manis sekali. Skang lagi manis)

12.) What do my friends really think of me?
Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits (Mendalam norr maksud nyer..)

13) Do people secretly lust after me?
Mahligai Shahdu - Hattan (Ermmm...)

14.) How can I make myself happy
Memburu Rindu - Hattan (Yaa..tepat sekali. Dulu selalu memburu rindu, skang tidak lagi)

15.) What should I do with my life?
Segalanya Mungkin - Headwind (Tiada yang mustahil..)

16.) Will I ever have children?
Mimpi yang Tak Sudah - Ibnor Riza (Ohh..tidak!! aku dan Encik MSH tengah berusaha sedaya upaya)

17.) What is some good advice?
Hakikat Sebuah Cinta - Iklim (Cinta pada yang di atas..Cinta pada rasul..Cinta pada parent..Cinta pada Encik MSH dll)

18.) What do I think my current theme song is?
Permata Untuk Isteri - Kopratasa (Mak aihh..makan dalam nie)

19.) What does everyone else think my current life?
Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana (Oh tidak sama sekali..)

20.) What type of men/women do you like?
Ku di Halaman Rindu - Lefthanded (aku suka orang yang rindu kan aku..)

21.) Will you get married?
Bidadari - Lela (Dah tentu aku dah kawen ngan seorang Bidadara..)

22.) What should I do with my love life?
Saling merindu - Leon (Muahaha..pesal list lagu ni banyak pasal rindu??)

23.) Where will you live?
Jemu - May (Mungkin dah tiba masa untuk p.i.n.d.a.h!!)

24.) What will your dying words be?
Meniti Suratan - May (Kena terima dengan redha qada' dan qadar NYA)

25.) When im having sex i say..
Tika dan Saat ini - Medicine (Sib baik dah nak masuk 3 series)

26.) When I meet a guy for the first time i say..
Bayangan Gurauan - Mega (Semua itu adalah gurauan semata2..sebab aku pandang Encik MSH jer..)

27.) When my parents are angry i say..
Pasti - Mega (Haahhaa..memang pasti dimarahi..)

Oleh kerana tersangat lah seronok bermain game ini. Maka, aku nak ada orang continue:
1. Idajer
2. Hanifamily

Monday, April 27, 2009

Mari Makan Kenduri..

Monday, April 27, 2009
Jemputan Kawen yang diterima seawal bulan 3 lagi, harus dipenuhi..Kebetulan pada tarikh tersebut, Encik MSH baru jer menghabiskan kursus di UKM dengan jayanya. Akhirnya..kahwin juga Lissa dan Eddy selepas memadu kasih asrama asmara selama hampir sepuluh tahun.

Berbalik kepada kisah lama, Lissa adalah roommate aku semasa menghuni di Kolej Kediaman 9, UTM. Terasa diri sangat tua berusia apabila disatukan bilik dengan budak degree. Hehee..dah tua ker? oh tidak!! tahun depan dah nak masuk 3 series..Terima kasih juga kepada Lissa kerana dah banyak menolong terutama sekali menjadi pembantu peribadi semasa aku mau menaiki bas di Sri Putri.


Ko kenapa Fadh?..siap tutup mata lagi.

Aku dan Encik MSH bertolak dari umah agak awal, bagi elakkan jem yang tak diduga. Betul sangkaan kitorang, terlekat tersangkut di jalan raya hampir 1/2 jam. Sampai saja di Dewan Taman Kota Raya, sudah banyak kereta dikiri kanan jalan. Kenduri kawen yang sangat simple but nice..oohh..aku sangat sukakan nyer..Baru jer melangkah masuk ke dewan, tetiba terdengar sore2 yang aku kenali..Rupa nyer geng2 G.I.G.A.M semasa kat UTM dulu..tak tau plak derang nak datang..kalau tau, awal2 lagi ajak datang bersama2..


Fadh, Aku dan Mas

Dah hampir 3 tahun tidak berjumpa dengan budak 2 orang nie. Last sekali pun masa konvo tahun 2006. Tiada apa perubahan yang berlaku..terasa seperti zaman student plak bila berkumpul macam ni..


Kan dah kata derang ni G.I.G.A.M

Harapan aku semoga Lissa dan Eddy berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa..

Monday, April 20, 2009

Harus di beli..

Monday, April 20, 2009
Buku yang harus dimiliki. Maka, haruslah dijadikan sebagai senarai barang-barang keperluan yang perlu di beli pada bulan ini.


Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik dan membawa mereka ke lembah kesesatan. Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara seagama.

Dalam masa yang sama, gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Di dalam buku ini, anda akan disajikan secara terperinci tentang Gerakan Freemasonry. Ia membincangkan tentang latar belakang gerakan tersebut dan bahayanya terhadap umat Islam. Sebagai umat Muhammad saw, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap sebarang ancaman sama ada dari luar atau dari dalam sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam).”

Sedikit sinopsis yang diambil dari Taman Buku

Sunday, April 19, 2009

Kenapa Saya Suka Kerjaya Saya

Sunday, April 19, 2009
1. Pekerjaan pertama sejurus bergelar graduan pada tahun 2002 adalah menjadi seorang tenaga pengajar. Sungguh menggerikan menyeronokkan kerana aku mengajar segenap lapisan umur. Dan yang paling sukar untuk mempercayai nyer..aku lah srikandi di kalangan lelaki2 yang gagah perkasa (Azwan, Zali and Bala)..perkasa kah mereka?? yang selalu berulang alik dari kuantan - Terengganu.


2. Sesudah di belasah nasihat oleh parent aku untuk bertukar kerja disebabkan oleh faktor keselamatan, aku masih lagi menjadi tenaga pengajar tetapi kali ini di sekolah rendah. Kali ini memang sungguh menggerikan..memang tidak tipu punya. Huhuhu..sesungguhnya, aku bukan lah seorang yang tabah hati, tenang jiwa, penyabar tahap gaban bila berhadapan dengan murid-murid tahun satu..


3. Masih lagi berfoya-foya berlegar-legar di lingkungan pendidikan. Kali ni aku berkerja di satu IPTA di Bandar M.e.C Gambang. Disinilah tempat yang membolehkan aku membuka mata, hati dan telinga bahawa bekerja di persekitaran pendidikan memang teramat lah best nyer. Disini jugalah semangat untuk menyambung belajar berkobar-kobar apabila jalan yang gelap disuluh dengan lampu Philips yang mentol nyer berwarna putih.


4. Semasa cuti semester, aku di panggil untuk mencurahkan keringat di IPTA tersebut untuk membuat dokumentasi bagi mendapatkan kelulusan dari EAC dan MQA. Mmmm..masih lagi berlegar-legar di lingkungan pendidikan..Sangat bersyukur kerana pengalaman TIGA bulan nie memang benar-benar menolong aku menyiapkan tesis yang akhirnya aku berjaya mendapat A-..yehhaaa!!! Bukan senang nak dapat A- ni..


5. Selepas tamat belajar dari IPTA di Skudai, aku sekali lagi menjadi tenaga pengajar sama seperti EMPAT tahun dahulu. Alhamdulillah..walaupun sudah DUA tahun berada di sini, aku mula selesa walaupun masih tercari-cari tempat kerja yang lain. Disini, aku flexi hour..nak masuk kul bape pun x kesah. Ada masa lapang, anytime leh pegi ngular bayar utang kat bank. Dapat student-student yang memang s.e.n.g.a.l dan yang paling menarik sekali dari umah mak aku untuk sampai ke opis hanya 15 minit sahaja..oohh..sangat suka tinggal di Kuantan Bandar Sejahtera ini.



Kesimpulannya: Adakah LIMA sebab diatas menyebabkan aku suka dengan kerjaya di bidang pendidikan?? Sedangkan sedari dulu cita-cita aku adalah ingin menjadi seorang askar akauntan. Sebab tu aku dahan pohon belajar di IPTA di utara. Tetapi aku percaya dengan jalan yang telah diberikanNYA. Ini lah yang terbaik untuk aku..dan beginilah perjalanan hidup aku. Lagi pun, jika aku sambung belajar di seberang laut mesti aku tak jumpa dengan Encik MSH..hehehhe...


Nota Kaki: Pernah ambil periksa masuk maktab, hasil dari kreativiti ayah aku mengisi borang maktab untuk aku..sumpah, sampai sudah bapak aku tak tau yang aku jawab setiap paper hanya 15 minit..dan aku adalah orang pertama yang keluar dari dewan exam.

Monday, April 13, 2009

Pergi Tak Kembali..

Monday, April 13, 2009
Seawal jam 4 pagi lagi aku sudah dikejutkan dengan berita kematian anak saudara abang ipar aku. Terasa macam baru semalam berjumpa dengan Akif. Akif telah meninggal dunia dan bertemu dengan PenciptaNYA seawal usia 7 tahun. Aku pun tidak pasti penyebab utama kematiannya..

Kepada Kak Ina..sabar dan tabah lah menghadapi ujian ini dan sesungguhnya DIA lebih menyayangi Akif sebagaimana kita semua menyayanginya..Al-Fatihah..




Nota Kaki: Kita juga akan ke sana suatu hari nanti..

Tuesday, April 7, 2009

Daerah VS Darah

Tuesday, April 7, 2009
Situasi ini terjadi pada 07 April 2009 jam 9:10 pagi

103 : Selamat Datang ke TM direktori. Sila Tekan 1 untuk Bahasa Melayu.
( Nombor 1 pun di tekan )

103 : Selamat Pagi, Saya ****** sedia membantu.

Aku : Selamat Pagi, Boleh saya dapatkan nombor telefon Pejabat Darah dan Tanah Kuantan..

103 : Erkk....

Aku : Eh silap..Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan..

103 : Ermm..tunggu sebentar, sila ambil nombor (sambil tergelak-gelakkan aku..)

Huuhuhu...mesti orang kat 103 tu tergoling2 gelakkan aku..sebagaimana si Dayah dan Ida gelakkan aku..camne lah boleh salah sebut. Dah lah perbualan tersebut dirakam..malu..malu..


Nota Kaki: Selalu terjadi..apa yang difikir x sama dengan apa yang disebut..

Saturday, April 4, 2009

Selamat Pengantin Baru

Saturday, April 4, 2009



Sahabatku Hadjar,

1. Tahniah kerana berjaya menukar status dari solo ke kategori berkumpulan duet.

2. Harapan aku agar ko dapat menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali.

3. semoga perkahwinan ini berkekalan sehinggalah ke akhir hayat.

4. Aku hendak ko tahu bahawa perkahwinan bukan hanya berkongsi jiwa raga tetapi kena berkongsi semuanya termasuklah bilik tidur, selimut, towel dan sebagai nyer..emmm nak aku tulis ke yang selebih nyer??..hhehehe..sila SMS aku yerk!!

5. Minta maaf sebab nyer aku memang tak boleh nak pergi wedding ko. Hubby masih tiada di Kuantan ketika ini. Walaupun tanpa kehadiran aku..aku mengharapkan agar semuanya berjalan lancar..<--ceh, macam orang penting plak.

6. Marilah bersama2 kita berdoa agar kawan kita yang bernama "M" (Bukan nama sebenar) bertemu jodoh secepat mungkin dan boleh lah kita pergi makan kenduri di Kampung Boyan, Taiping.


Gambar pada tahun 2004 semasa kenduri McNaa..wajahku begitu suci murni..muahahaa..

Nota kaki: Rasa nyer penat kenduri dulu pun x hilang lagi..walhal dah nak masuk 2 tahun dah..

Friday, April 3, 2009

Pesal Ari nie jem??

Friday, April 3, 2009

Banyak kan kereta..bumbung opis pun x nampak..


Baru lah nampak bumbung opis..


Minggu nie ada Jom Sorak Heboh ker?..bukan ker tu minggu lepas..Ker ader ABP?..tu pun minggu lepas gak..x penah aku jumpa jem yang teruk macam nie kat Indera Mahkota. Ingatkan ada eksiden ke aper ker..tapi, memang tak der aper2 pun..emmmm...musykil nie.

Ini lah antara sebab aku tak berapa nak suka dok kat mana2 bandar besar..KL ker..JB ker..sebab ini lah. Sedangkan jem sket camni pun aku dah x suka..cam ne lah nak dok kat K.L..

Dok kat bandar kecik ni best..Biasa nyer perjalanan aku ke opis memang tiada gangguan..Maklumlah dari umah mak aku amik masa 16-20 minit jer untuk sampai opis..heheh..x sabar nak masuk umah baru sebab nyer dari Damansara ke Opis hanya jumpa satu simpang jer..yang lain semua nyer jalan lurus..

Nota Kaki: Encik MSH sentiasa berdoa moga2 semua jabatan kerajaan dipindahkan ke Bandar Indera Mahkota..so, nanti sama lah ngan aku..dari umah baru, jumpa satu simpang jer ke opis.