1. Pekerjaan pertama sejurus bergelar graduan pada tahun 2002 adalah menjadi seorang tenaga pengajar. Sungguh
menggerikan menyeronokkan kerana aku mengajar segenap lapisan umur. Dan yang paling sukar untuk mempercayai nyer..aku lah srikandi di kalangan lelaki2 yang gagah perkasa
(Azwan, Zali and Bala)..perkasa kah mereka?? yang selalu berulang alik dari kuantan - Terengganu.
2. Sesudah di
belasah nasihat oleh parent aku untuk bertukar kerja disebabkan oleh faktor keselamatan, aku masih lagi menjadi tenaga pengajar tetapi kali ini di sekolah rendah. Kali ini memang
sungguh menggerikan..memang tidak tipu punya. Huhuhu..sesungguhnya, aku bukan lah seorang yang tabah hati, tenang jiwa, penyabar tahap gaban bila berhadapan dengan murid-murid tahun satu..
3. Masih lagi
berfoya-foya berlegar-legar di lingkungan pendidikan. Kali ni aku berkerja di satu IPTA di Bandar M.e.C Gambang. Disinilah tempat yang membolehkan aku membuka mata, hati dan telinga bahawa bekerja di persekitaran pendidikan memang teramat lah best nyer. Disini jugalah semangat untuk menyambung belajar berkobar-kobar apabila jalan yang gelap disuluh dengan lampu Philips yang mentol nyer berwarna putih.
4. Semasa cuti semester, aku di panggil untuk mencurahkan keringat di IPTA tersebut untuk membuat dokumentasi bagi mendapatkan kelulusan dari EAC dan MQA. Mmmm..masih lagi berlegar-legar di lingkungan pendidikan..Sangat bersyukur kerana pengalaman TIGA bulan nie memang benar-benar menolong aku menyiapkan tesis yang akhirnya aku berjaya mendapat A-..yehhaaa!!! Bukan senang nak dapat A- ni..
5. Selepas tamat belajar dari IPTA di Skudai, aku sekali lagi menjadi tenaga pengajar sama seperti
EMPAT tahun dahulu. Alhamdulillah..walaupun sudah
DUA tahun berada di sini, aku mula selesa walaupun masih tercari-cari tempat kerja yang lain. Disini, aku flexi hour..nak masuk kul bape pun x kesah. Ada masa lapang, anytime leh pegi
ngular bayar utang kat bank. Dapat student-student yang memang s.e.n.g.a.l dan yang paling menarik sekali dari umah mak aku untuk sampai ke opis hanya 15 minit sahaja..oohh..sangat suka tinggal di
Kuantan Bandar Sejahtera ini.
Kesimpulannya: Adakah
LIMA sebab diatas menyebabkan aku suka dengan kerjaya di bidang pendidikan?? Sedangkan sedari dulu cita-cita aku adalah ingin menjadi seorang
askar akauntan. Sebab tu aku
dahan pohon belajar di IPTA di utara. Tetapi aku percaya dengan jalan yang telah diberikanNYA. Ini lah yang terbaik untuk aku..dan beginilah perjalanan hidup aku. Lagi pun, jika aku sambung belajar di seberang laut mesti aku tak jumpa dengan
Encik MSH..hehehhe...
Nota Kaki: Pernah ambil periksa masuk maktab, hasil dari kreativiti ayah aku mengisi borang maktab untuk aku..sumpah, sampai sudah bapak aku tak tau yang aku jawab setiap paper hanya 15 minit..dan aku adalah orang pertama yang keluar dari dewan exam.
2 comments:
keja mana2 pun...apa keja sekalipun, yg penting kena ikhlas dan juga 'betul2' keja...br berkatttt...
haha...macam sama je ngan aku jawab pekse ptd...org pertama kuor...haha
Post a Comment