Sunday, May 31, 2009

Gigitan Cinta Atau Sakit Kulit??

Sunday, May 31, 2009
Pada ari sabtu yang lalu, Pak Ngah aku datang berjalan-jalan ke umah. So, kami decide untuk makan-makan di Batu Putih Batu Hitam. Ramai juga ahli rombongan ketika itu, temasuklah Kak Long dan Kak Ngah aku yang dah standby tunggu di sana.

Sedang enak menikmati makan tengahari yang ala-ala aku masak lagi sedap, datang lah sepasang suami isteri atau sepasang kekasih yang masuk ke gerai tersebut. Seramai-ramai umat di gerai tue semua pandang pada couple tersebut. Pelik juga..apa yang dipandang..aku tengok elok jer derang pakai baju. Bila Kak Long aku berbisik pada aku, baru lah aku perasan ada something di leher kedua2 pasangan tersebut. Maka tercetuslah dialog yang kelakar di bawah;

Mak: Cuba Along tengok orang tue..sakit kulit pun selamba jer makan kat gerai. (sambil me'refer' kepada anak buah aku yang malu sebab ada jerawat tumbuh kat muka)

Along: Ha'ah lah..sakit kulit kat leher pulak tue..

Aku: Mak..tue bukan sakit kulit lah..tue gigitan cinta (Jawab aku yang me'refer' kepada kedua2 pasangan yang mempunyai gigitan disepanjang leher dari kanan ke kiri)

Jawapan aku tersebut telah diikuti dengan ketawa terbahak2 ahli rombongan yang lain..Membuat kan mak aku lagi compius..

Kesimpulannya..Samada ada gigitan cinta di leher mahupun sakit kulit..kenalah cover "baik punya..."

Wednesday, May 27, 2009

Sudah DUA Tahun Lah...

Wednesday, May 27, 2009
Terasa baru jer semalam dok penat menyental periuk belanga kat belakang umah..Rupanya, itu semua peristiwa yang berlaku DUA tahun lepas..begitu pantas masa berlalu..Hari nie genap DUA tahun aku dan Encik MSH berumahtangga..Makna nya..sudah 11 tahun kami kenal antara satu sama lain (berkawan 5 tahun + bertunang 4 tahun + berkahwin 2 tahun)..

Ada juga yang bertanya.."Aduyai..pesal lama tul tempoh berkenal-kenalan itu?"..jawab aku, "Tak terasa pun sebab dalam 1 tahun dapat jumpa 1-3 kali sajer.." So, x der lah pulak istilah boring ke hapa ker..sebab dah biasa dok berjauhan..sampai kawen pun kena tinggal juga. Selama hidup bersama nie..tiap-tiap hari rasa macam bulan madu..wakakka...ader saper2 yang jeles ker. ntah, terasa macam pengantin baru jer. mungkin x der komitmen anak lagi kot.

Semporna Sempena anniversary ni..kitorang just makan2 kat Black Canyon and spend masa bersama-sama melawat tapak projek berjalan-jalan kat E.C.Mall.


Nyum..Nyum..Nyum..

Hadiah??..mmm..aku dan Encik MSH dapat hadiah anniversary yang paling besar sekali. Amik 10 Jun nanti kat Pasdec. Tak sabar rasa nyer..dah lama tunggu saat nie..apa hadiah nyer??..kena tunggu next entry. Another small hadiah yang aku bagi kepada Encik MSH ialah,

...
...
...
...
...
...
...
...


Kek yang ditempah khas dengan Kak Fara (gambar boleh mkn yerk!!!)

Ucapan khas untuk Encik MSH; Terima kasih atas segalanya...

Tuesday, May 26, 2009

Suatu Malam yang Hening..

Tuesday, May 26, 2009
Pada suatu malam yang hening. Tepat jam 12.15 tengah malam. Encik MSH telah membuka pintu umah dan tingkap berikutan cuaca yang tidak begitu dingin dengan beranggapan bahawa angin diluar akan menyejukkan persekitaran dalam umah..

Ketika tu, aku sedang asyik (amelina) leka bermain GameHouse > Blood Ties, manakala Encik MSH tengah kusyuk melayan football manager pada PS2 nyer. Tetiba, muncul lah dialog ini..

Encik MSH: Yang..ada bau something x?
Aku: Bau aper?
Encik MSH: Bau wangi lah..wangi tul bau nie..
Aku: Ha'ah..wangi lah..sedap nyer bau..

Tetiba..Aku dan Encik MSH saling berpandangan..Ini berikutan pada pukul 9 malam tadi ada jenazah yang baru dikebumikan dan umah mak aku pulang selang 2 buah dari tanah perkuburan. dengan gaya macho ala-ala hero citer Matrix, Encik MSH tangkas menutup pintu dan tingkap. Kami berdua terdiam selama 3 minit. Bulu roma meremang tak usah nak dicerita lah..

Aku pun dengan aksi ala-ala heroin citer Jangan Pandang Depan Jangan Pandang Belakang terus maju menuju ke dapur untuk mengambil air Yassin. Kebetulan ayah aku sedang menonton TV di dapur. Maka tercetuslah dialog ini.

Aku: Ayah..ada bau aper2 x? (dialog yang sama dengan Encik MSH)
Ayah: Bau aper?..
Aku: Bau benda yang wangi..
Ayah: Bau ni ke? (Lantas ayah aku menghulurkan minyak urut nyer)
Aku: Ha'ah..bau ni lah..
Ayah: Kenapa?
Aku: Tak der per2..(tersenyum kerang busuk rasa nyer..)

Aku aper lagi..dok bercerita lah dengan Encik MSH yang still duduk menghadap PS2 dia..Ketawa x usah nak dicerita lah..terbahak-bahak kitorang..pedahal, kalau bapak aku tak bitau itu bau minyak urut..masing-masing dok kecut perut..

Nota Kaki: Sekarang ni ada lagi ke menda2 mistik ni?

Saturday, May 16, 2009

Aktiviti Malam minggu

Saturday, May 16, 2009
Ohh..sudah terlalu lama tidak bermain bowling. Apabila di ajak oleh Encik MSH untuk bermain bowling di Premium Lanes, Kuantan Plaza (Lagi suka bermain disini jika dibandingkan dengan Megamall), ajakan tersebut diterima dengan sebaik mungkin. Pada mulanya, anak buah aku (Nuex) yang mengajak nyer. Plan asal..saper yang kalah kena belanja. Nie macam dah terbalik..yang menang pulak kena belanja, siap belanja makan kat Santai lagi..

Disebabkan kepenatan membuat kenduri di umah pada tengahari nyer..Maka, buat pertama kali nyer aku menggunakan bola 8. Biasa nyer aku menggunakan bola 9. Terasa serasi lah pulak apabila melihat corak balingan. Jangan x caya, dengan kuasa bola size 8 ni aku telah berjaya melakukan double strike..Muahahah..Ini telah menyebabkan si Nuex mengeget kuku jari kaki nyer sendiri.


Ada gaya Shalin x?


Berjaya dikalahkan oleh Mak Teh nyer sebanyak 3 games..


Otai ni memang susah untuk di kalahkan

Dan ini lah hasil nyer kuasa bola size 8, apabila buat pertama kali nyer aku buat jatuhan pin sebanyak ini. Biasa nyer dalam 100-110 jatuhan pin. So, Encik MSH dah boleh ke belanja I bola bowling ngan kasut bowling??Hehhehe...


Walaupun 129 jer..kira ok lah tu kan??

Next week pula akan menjadi ketua sorak untuk Encik MSH bagi sesi kelayakan untuk Sukan JAS next month..

Nota Kaki: Teringat masa mula2 main bowling..asik masuk parit ajer..

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Sunday, May 10, 2009
Aku ada DUA mak. Kedua-duanya aku sangat sayang. Sayangkan KEDUA-DUA nya seperti aku sayang kan diri aku sendiri. Sempena Hari Ibu ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada KEDUA-DUA ibu aku iaitu;


Puan Aisah Binti Ayub



Puan Fathiyah Binti Haji Hamdan

Aku sentiasa mendoakan agar KEDUA-DUA ibu aku nie sentiasa sihat, sentiasa mendapat rahmat dariNYA dan bahagia di dunia dan di akhirat hendaknya..

Saturday, May 9, 2009

Mak Akan Marah kalau..

Saturday, May 9, 2009
Terpanggil untuk buka entry nie bila terdengar radio sinar pagi semalam. Walaupun bila list kan
senarai di bawah terasa seperti mak aku seorang yang cerewet TETAPI sebenar nyer ini semua lah yang akan kita ingat balik bila mak tiada disisi..


Mak Akan Marah kalau..

1. Melengah-lengahkan semayang.Huhuhu..Bak kata Ashrafi anak Puan Sri Azirah "Badan dah masuk syaitan".

2. Lepas subuh tido balik..Huhuhu..ni memang tak bley nak elak.

3. Basuh kain campur sekali dengan baju baru dan kain tudung. Muahhaha..yang ni aku redah jer..memang sesedap rasa!!

4. Sidai kain campur2..sepatutnya, kalau line ampaian tu seluar..seluar jer. Kalau line ampaian tu
kain..kena kain jer.

5. Basuh pinggan campur2..sepatutnya, kena sudu dulu..diikuti dengan cawan @ gelas..barulah pinggan mangkuk dan adik beradik nyer..

6. Dok baring2 dan bersilang kaki..uish..cukup pantang tul.

7. Suka menyampuk kalau orang2 tua berbual. Dah serik terkena semasa aku darjah 2. Sampai skang masih teringat2 lagi hasil dari perbuatan menyampuk aku tue..

8. Tak menghormati tetamu. Walau macam mana tak kenal sekali pun mesti kena salam..

9. Kalau tak gi tolong kenduri jiran tetangga..kata mak, bila kita tolong orang, nanti orang pun akan tolong kita.

10. Belajar main2..Pernah kena tarik telinga depan cikgu Hosni time tanda tangan buku rekod kat skolah masa darjah 4. Tu pun sebab aku dapat nombor 4.


Walaupun banyak mana sekali pun pantang larang dan larangan mak..aku tetap sayang mak.

Wednesday, May 6, 2009

Kesihatan Yang Tidak Begitu Memberangsangkan..

Wednesday, May 6, 2009
Ohh..kesihatan yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini. Yang pelik nyer semasa Encik MSH berada di Kuching selama hampir 2 tahun, x der pulak badan ni nak terasa sakit..Heheheh..apakah makna nyer itu.

Bermula dengan ulser yang suka-suka menempelkan diri dalam mulut aku dan yang paling best sekali, ini lah pertama kali ulser tersebut menginap dan membuat perkampungan di atas lidah aku..Huhuhu..sakit yang amat. Dah lah tengah berselera nak makan skang nie..tapi, aku redah ajer!!..

Kemudian, ada pulak bisul tumbuh kat mata..haa.."bisul tumbuh kat mata?"..Ni juga pertama kali aku kena macam ni. Awal nyer aku bayangkan aku kena sakit mata. Sebab skang ni memang ramai yang tengah sakit mata. tetapi, Dr. Azizah cakap.."ni bukan sakit mata, tapi bisul. Ada intai saper2 ker?"..muahaha..Bak kata Ida & Azie..Aku mesti ada tengok benda tak sepatut nyer nie..<-- sungguh bijaksana korang yer. Akibat nyer aku dapat m.c selama 3 days bermula ari nie hinggalah 8hb nanti. Dah macam Jack Sparrow gaya nyer. Oleh kerana m.c yang lama ini, nak tak nak aku kena juga ke opis untuk siapkan kerja. Kena plak paper aku ari senin nanti. Macam lipas kudung lah buat keja tu diikuti pula dengan ada nyer Budak Kaca Mata spek mata itam yang terlekat kat mata aku. Glamer lah gak kat opis tadi. Hehehehe...

Skang ni pulak, dah masuk 30++ aku bersin. Makna nyer aku bakal kena selesema. Oh..tidak..ni kena cepat2 minum air kelapa dara nie. Huhuhu..dah terlalu lama tidak kena selesema..

Walaubagaimanpun, semua penyakit ni datang dariNYA..So, kena terima dan tabah untuk mengharungi nyer..kan penyakit tu penghapus dosa.

Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan kerananya kesalahan-kesalahannya."
(HR Bukhari)