Saturday, May 16, 2009

Aktiviti Malam minggu

Saturday, May 16, 2009
Ohh..sudah terlalu lama tidak bermain bowling. Apabila di ajak oleh Encik MSH untuk bermain bowling di Premium Lanes, Kuantan Plaza (Lagi suka bermain disini jika dibandingkan dengan Megamall), ajakan tersebut diterima dengan sebaik mungkin. Pada mulanya, anak buah aku (Nuex) yang mengajak nyer. Plan asal..saper yang kalah kena belanja. Nie macam dah terbalik..yang menang pulak kena belanja, siap belanja makan kat Santai lagi..

Disebabkan kepenatan membuat kenduri di umah pada tengahari nyer..Maka, buat pertama kali nyer aku menggunakan bola 8. Biasa nyer aku menggunakan bola 9. Terasa serasi lah pulak apabila melihat corak balingan. Jangan x caya, dengan kuasa bola size 8 ni aku telah berjaya melakukan double strike..Muahahah..Ini telah menyebabkan si Nuex mengeget kuku jari kaki nyer sendiri.


Ada gaya Shalin x?


Berjaya dikalahkan oleh Mak Teh nyer sebanyak 3 games..


Otai ni memang susah untuk di kalahkan

Dan ini lah hasil nyer kuasa bola size 8, apabila buat pertama kali nyer aku buat jatuhan pin sebanyak ini. Biasa nyer dalam 100-110 jatuhan pin. So, Encik MSH dah boleh ke belanja I bola bowling ngan kasut bowling??Hehhehe...


Walaupun 129 jer..kira ok lah tu kan??

Next week pula akan menjadi ketua sorak untuk Encik MSH bagi sesi kelayakan untuk Sukan JAS next month..

Nota Kaki: Teringat masa mula2 main bowling..asik masuk parit ajer..

1 comments:

syabmid said...

erk, parit ke longkang?
so, bile kite leh wat perlawanan persahabatan. hehehe

Post a Comment