Wednesday, May 6, 2009

Kesihatan Yang Tidak Begitu Memberangsangkan..

Wednesday, May 6, 2009
Ohh..kesihatan yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini. Yang pelik nyer semasa Encik MSH berada di Kuching selama hampir 2 tahun, x der pulak badan ni nak terasa sakit..Heheheh..apakah makna nyer itu.

Bermula dengan ulser yang suka-suka menempelkan diri dalam mulut aku dan yang paling best sekali, ini lah pertama kali ulser tersebut menginap dan membuat perkampungan di atas lidah aku..Huhuhu..sakit yang amat. Dah lah tengah berselera nak makan skang nie..tapi, aku redah ajer!!..

Kemudian, ada pulak bisul tumbuh kat mata..haa.."bisul tumbuh kat mata?"..Ni juga pertama kali aku kena macam ni. Awal nyer aku bayangkan aku kena sakit mata. Sebab skang ni memang ramai yang tengah sakit mata. tetapi, Dr. Azizah cakap.."ni bukan sakit mata, tapi bisul. Ada intai saper2 ker?"..muahaha..Bak kata Ida & Azie..Aku mesti ada tengok benda tak sepatut nyer nie..<-- sungguh bijaksana korang yer. Akibat nyer aku dapat m.c selama 3 days bermula ari nie hinggalah 8hb nanti. Dah macam Jack Sparrow gaya nyer. Oleh kerana m.c yang lama ini, nak tak nak aku kena juga ke opis untuk siapkan kerja. Kena plak paper aku ari senin nanti. Macam lipas kudung lah buat keja tu diikuti pula dengan ada nyer Budak Kaca Mata spek mata itam yang terlekat kat mata aku. Glamer lah gak kat opis tadi. Hehehehe...

Skang ni pulak, dah masuk 30++ aku bersin. Makna nyer aku bakal kena selesema. Oh..tidak..ni kena cepat2 minum air kelapa dara nie. Huhuhu..dah terlalu lama tidak kena selesema..

Walaubagaimanpun, semua penyakit ni datang dariNYA..So, kena terima dan tabah untuk mengharungi nyer..kan penyakit tu penghapus dosa.

Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan kerananya kesalahan-kesalahannya."
(HR Bukhari)

1 comments:

AKU yang bernama kawan... said...

ooohhhhh..ingat aper tadik. hehe

Post a Comment