Terpanggil untuk buka entry nie bila terdengar radio sinar pagi semalam. Walaupun bila list kan
senarai di bawah terasa seperti mak aku seorang yang cerewet TETAPI sebenar nyer ini semua lah yang akan kita ingat balik bila mak tiada disisi..
Mak Akan Marah kalau..
1. Melengah-lengahkan semayang.Huhuhu..Bak kata Ashrafi anak Puan Sri Azirah "Badan dah masuk syaitan".
2. Lepas subuh tido balik..Huhuhu..ni memang tak bley nak elak.
3. Basuh kain campur sekali dengan baju baru dan kain tudung. Muahhaha..yang ni aku redah jer..memang sesedap rasa!!
4. Sidai kain campur2..sepatutnya, kalau line ampaian tu seluar..seluar jer. Kalau line ampaian tu
kain..kena kain jer.
5. Basuh pinggan campur2..sepatutnya, kena sudu dulu..diikuti dengan cawan @ gelas..barulah pinggan mangkuk dan adik beradik nyer..
6. Dok baring2 dan bersilang kaki..uish..cukup pantang tul.
7. Suka menyampuk kalau orang2 tua berbual. Dah serik terkena semasa aku darjah 2. Sampai skang masih teringat2 lagi hasil dari perbuatan menyampuk aku tue..
8. Tak menghormati tetamu. Walau macam mana tak kenal sekali pun mesti kena salam..
9. Kalau tak gi tolong kenduri jiran tetangga..kata mak, bila kita tolong orang, nanti orang pun akan tolong kita.
10. Belajar main2..Pernah kena tarik telinga depan cikgu Hosni time tanda tangan buku rekod kat skolah masa darjah 4. Tu pun sebab aku dapat nombor 4.
Walaupun banyak mana sekali pun pantang larang dan larangan mak..aku tetap sayang mak.
Gone
2 years ago
0 comments:
Post a Comment