Tuesday, June 23, 2009

Kenapa Tidak Sambung PhD??

Tuesday, June 23, 2009
Aku cam dah kuyu lali bila ada yang menanyakan soklan maut nie. Bakal Dr. Bahari a.k.a Abang Bah selalu mengajukan soalan ini. Asal masuk semester baru jer mesti dia tanya..Asal kuar iklan Kementerian Pendidikan jer mesti dia tanya..Huhuu..bukan tak nak sambung tapi;

jeng..jeng..jeng..jeng..


1. TRAUMA wat master pun tak berapa nak kebah lagi.
2. Tengah plan untuk mendapatkan new umat islam.
3. Ekonomi sekarang belum lagi stabil.
4. Dan reason paling kukuh sekali adalah aku kena bayar duit pinjaman PTPTipu dan YPahang (Sib baik bayar 50% jer) setiap bulan.

Cita-cita tu memang ada, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni. Bila dikenangkan zaman wat master dulu..pergh!! memang mencabar tenaga dan minda lah. Kena plak wat kat universiti yang dianggap selalu menendang student nyer. Bagi aku subjek yang diambil memang tiada masalah. Masalah nyer adalah terletak pada thesis. Sambil menulis thesis sambil kena wat sistem. Sistem tu plak bukan nyer yang cikai2..Asal terlari jer 1%-5% dari literature review, sila lah kemaskini semula sistem anda. Tapi, tu semua cabaran..nak tunggu viva ajer, aku kena betulkan 3 kali sistem tu. Penyelia nak cam lain, audit committee nak cam lain, aku nyer timbalan dekan nak cam lain..hahaha..aku stress!! Tiap malam aku akan menjadi Batu Belah Batu Bertangkup..Walaupun Si Hud (roommate aku) selalu tengok aku cam LLH (Look Like Happy) jer..

Tapi, tu semua 3 tahun yang lepas, bila opismate aku tengah dok pulun nak siapkan thesis..ni lah masa untuk kacau bagi semangat sambil2 menolong dan menghulurkan apa saja bantuan selagi termampu.

So, kepada kawan-kawan yang sedang sambung belajar dan akan sambung belajar (termasuklah anak buah aku si Nuex yang akan amik Mechanical Engin di Uitm) selamat lah menempuh alam persekolahan semula dan rajin-rajin kan lah diri anda agar mendapat 4.0.

2 comments:

AKU yang bernama kawan... said...

huhu...ape la ko nih.
bagi la semangat kat kengkawan yg tak baper nak muda ni smbg belajar...
hehehe....

o.m.e.i said...

Hahaha..aku sentiasa mendoakan kejayaan kengkawan aku..

Post a Comment