Tuesday, March 31, 2009

Entry khas untuk Nabil

Tuesday, March 31, 2009
Situasi Satu:

Nabil:
Ibu, Nabil nak tukar nama boleh?
Ibu: Nabil nak tukar nama per?
Nabil: Nak tukar nama Mohammad Kabir boleh?
Ibu: Kenapa nak tukar nama tu plak.bukan nyer tu nama cerita dalam tv tu ker?
Nabil: Iyer..Kabir tu boleh terbang..Nabil kan nak terbang cam superman..tu yang nak tukar nama.
Ibu: Ikut suka lah..

::Pengaruh cerita Kabir Hero Kabir Zero::


Situasi Dua:


Nabil: Ibu, Nabil nak tukar nama boleh?
Ibu: Lah..nak tukar nama lagi..Nabil nak tukar nama per plak?
Nabil: Nama selain Mohammad Nabil
Ibu: Kan nama tu sedap..
Nabil: Tak nak lah..kat sekolah, asal Nabil lalu jer mesti kawan2 cakap "Lu pikir lah sendiri"
Ibu: Ok lah tue..kan glamer.
Nabil: Tak nak lah..Nabil tak suka..Boleh tak tukar nama
Ibu: Boleh2..nanti ibu tulis kat buku sekolah Mohammad Nabilah Bin Zainal Abidin

::Pengaruh Raja Lawak::

Itu lah anak buah aku yang memang pelik lain dari yang lain. Kalau nak kira kan kakak dan abang nyer semua spesis yang mengadap buku, mengadap komputer. Yang dia ni plak..dari budak kecil, budak dewasa sampailah ke mak ayah budak kat taman perumahan dia semua kenal siapa Mohammad Nabil. Semua nak jadikan dia idola..kalau kat tadika dolu, waktu bersenam semua tak nak pakai baju yang pihak sekolah bagi, semua nak pakai baju spiderman ke, batman ke, power rangers ker..alasan nyer, sebab mohammad Nabil pakai baju tue..Betapa otai nyer dia kat skolah. Tetapi..seotai2 dia dengan sikap tak mahu menjadi pengalah kalah, mohammad Nabil tetap kalah dengan si kenit budak kecil nie.


Abang Nabil..tetap kalah dengan Myra

Baru2 nie, kakak aku buat birthday party untuk dia hasil dari jemputan yang telah dibuat tanpa pengetahuan ibu nyer..Oleh kerana, jemputan dah dibuat, nak tak nak kakak aku terpaksa on juga birthday party tu. bertuah punya budak..Siap order hadiah dari makcik2 dan pakcik2 nyer untuk dibawa ke majlis nyer..suka2 hati tul.


Sayalah Mohammad Nabil

Terima kasih kepada Kak Fara yang menyediakan kek yang sangat sedap itu..siap Mohammad Nabil request tak nak bawak keluar kek nyer sebab lawa sangat.


Kek yang sangat sedap..yummy..yummy..

Nota kaki: Kakak aku selalu pesan..if mengandung jangan terkenan dengan Mohammad Nabil..

Monday, March 23, 2009

Tukar Kereta Baru

Monday, March 23, 2009
Haa..omei nak tukar kereta??..sila baca dolu ayat-ayat cinta ayat-ayat sedih aku di bawah..Aku tau, bila wat statement nie mesti ramai yang percaya walaupun hakikat nyer.."tak dak makna nyer.." muahaa..ok..sila bagi pendapat anda..

Termasuk nie budak itam aku dah 4 kali didera tercedera samada hasil perbuatan tuan nyer atau pun hasil kerja kreatif orang-orang diluar sana. Semalam, secara tidak sengaja, aku terlanggar kereta bapak aku semasa sedang gostan reverse. Disebabkan budak itam lebih tinggi kedudukan nyer..maka tidak lah terperasan kereta bapak aku disebelah nyer..Oleh kerana cuaca yang gelap, aku dengan sesedap rasa nyer menekan minyak dengan begitu kuat sekali sehinggalah terdengar bunyi yang tidak berapa enak di halwa telinga. Boleh plak wat rilek jer sambil terus masuk ke dalam umah. <-- dah tau dah apa yang berlaku.

Pagi-pagi hari, dengan confident nyer aku pun mengeluarkan polish untuk menutup cacat cela budak itam aku..muahahah..rupa-rupa nyer..kalau guna bapak segala polish pun dah memang tak berguna..

Oleh itu, aku telah diberi pendapat oleh mummy muhammad untuk menukar kereta disebabkan oleh kecacatan pada budak itam sebanyak 4 kali..

Oleh yang demikian..wahai Encik MSH yang teramat disayangi dan di kasihi..lawa tak kereta kat bawah nie..



Nota Kaki: Aku agak2 aku dah tau dah apa jawapan Encik MSH..

Sunday, March 22, 2009

My Best Friend Engagement

Sunday, March 22, 2009
Tempoh Perkawanan:
1985 - 2009
Jumlah Tahun Berkawan:
24 tahun
Jarak Rumah:
Selang sebuah rumah
Apa yang Sama:
1. Sekolah Tadika (1986)
2. Sekolah Rendah (1987 - 1992)
3. Sekolah Menengah (1993 - 1997)
4. Warna Kereta - Kedua-duanya berwarna itam. WALAUPUN kete dia besar dari kete aku.
5. Bergossip - Part ni yang paling aku suka. Heheheh...



Tahniah untuk kawan aku Juita yang dah selamat menjadi tunangan orang ari nie. Pejam celik pejam celik, rupa nyer aku dah kenal dengan dia hampir 24 tahun..So, tahun depan boleh lah aku ngan dia buat Perayaan Jubli Perak.

Dari zaman bermain galah panjang (walaupun tiada galah yang digunakan samada galah itu kayu mahupun buluh), bermain teng teng (mesti pencipta mainan nie orang cina), bermain "pongkes" dan memakai "seluar katak" (sian kat katak kan)..sehinggalah zaman berkerjaya..hubungan aku dan dia tetap kebal utuh seperti dolu. Lawak pula bila teringat zaman dulu-dulu semasa sama-sama membesar..walaupun saiz aku tidak juga besar-besar..

Terima kasih untuk dia sebab menjadi kawan, teman, sahabat aku yang selalu dengar masalah, cerita dan lawak aku selama ini. Terima kasih juga kerana menjadi tempat rujukan aku untuk minta cop bila nak apply keje gomen.

Harapan aku semoga jodoh dia dan saufi berkekalan untuk selama-lamanya..



Nota Kaki: Tetiba teringat kat Gotot, Maz, Naa dan Ervin. Bila agak nyer nak kuo bersama-sama sambil meninggalkan suami masing-masing di rumah.

Sunday, March 15, 2009

Liverpool VS M.U, Chong Wei VS Lin Dan

Sunday, March 15, 2009
Agak2 lah..ader tak orang jaki marah ngan aku kalu aku kutuk M.U??


Perkara Gumbira Yang Pertama, Hari Sabtu

1. Puas ati bila tengok Manchester United di belasah di kalahkan oleh Liverpool dekat Old
Trafford yakni tempat sendiri.

2. Puas ati bila Manchester United geget jari kuku kaki sendiri bila gawang bolos 4 kali.



3. Puas ati bila tengok orang Liverpool yang lupa daratan tunduk malu hasil dari kenyataan kat akhbar yang dia paling anti ngan Liverpool..(amik nak ko Rooney..bongkak cakap besar lagi.)

4. Puas ati dengan terpaku 90 minit kat tv tengok permainan derang main malam nie..

5. Puas ati dengan jaringan gol yang keempat oleh Dossena. Terpaku keras Edwin van der Sar di depan gol.

5. Puas ati bila aku berjaya gelak besar sambil tergoling2terbahak2 kat anak buah aku yang memang die hard fan gila ngan M.U..(Sorry yer abang..Pakai baju M.U sekali pun x leh nak ubah kenyataan kekalahan tue)


Perkara Yang Sakitkan Hati Yang Pertama, Hari Sabtu

1. Sakit hati bila orang potong kete aku secara membabi mengkhinzir buta. Sib baik lah aku masih ada pertimbangan untuk bagi jalan kat derang..agak2 lah nak potong, jangan lah sampai menghempet kereta orang..Jalan Gambang - Segamat tu kan 1 lane ajer..dan aku berjaya melepaskan hon sebanyak 2 kali..kalau tak bagi hon, pemandu2 nie tak tau yang sebenar nyer tindakan derang tu menyusahkan orang lain.

2. Sakit hati bila ada kete besar bagi beam dan hon kat aku walhal aku tengah nak potong kete pada kelajuan 110 km/j. Aku tau lah kena ikut kiri jika tidak mememotong..abis tu tak kan aku nak potong kete tersebut pada kelajuan 120 km/j??..agak-agak lah..bukan nyer aku tak nak bagi laluan kat ko wahai pemilik kereta CCF ****. Aku tau lah kete ko tu Toyota C******. Aku tau lah ko tak kesah nak bayar saman sebab duit ko banyak. Siap pandang-pandang kat aku lagi tue..aku tau lah ko jeles sebab budak itam aku buatan mesia..aku tau lah budak itam aku nie dah tak basuh 2 minggu. Sebab tu ko pandang-pandang aku..


Perkara Gumbira Yang Kedua, Hari Ahad

1. Gumbira dan bersyukur Alhamdulillah sebab hujan turun dengan lebat nyer setelah sekian lama bahang panas terasa selama 2 minggu di bumi kuantan nie.

2. Gumbira kerana Lin Dan ditewaskan dengan agak mudah sekali oleh Chong Wei..Akhirnya, terubat gak kekalahan Chong Wei pada Terbuka England last week..

3. Gumbira bila tengok muka Lin Dan poyo sedih jer masa bermain set yang kedua..



Nota Kaki: Walaupun aku gumbira dan sakit hati, kena ingat gak..mungkin ada insan yang bersedih hati sepanjang DUA hari nie.

Thursday, March 12, 2009

Boys Over Flowers..

Thursday, March 12, 2009

|Sumber : http://popseoul.files.wordpress.com|

Udah lama aku tidak follow mengikuti cerita Korea..Baru2 nie tertekan channel 303 (KBSW). Kebetulan cerita Boys Over Flowers baru bermula dengan episod satu. Hatiku berbunga-bunga riang..maklumlah anak-anak ikan pelakon-pelakon nyer sangat comel dan kiut..sampai aku sentiasa berangan moga2 anak aku macam muka diorang..erk!! boleh ker?..

Tidak disangka..mak aku pun terikut2 sekali untuk menonton cerita itu..siap buat rumusan lagi setiap kali cerita berakhir..kelakar lah pula rasa nyer. Aku bayangkan mak aku akan melekat di Astro RIA..Almaklumlah sekarang nie musim mentransformasi kan pelajar AF7...WALAUPUN akhirnya mereka tidak sama sekali bertukar menjadi transformer.

Tak sabar nak tunggu ending citer nie..

Nota Kaki: Salah sorang pelakon citer nie mati bunuh diri pada 9 haribulan baru ni..Dasat tul..

Wednesday, March 11, 2009

Sampai Syurga

Wednesday, March 11, 2009
Tetiba teringatkan hubby yang tengah kursus kat UKM. Tu lah, masa dia ada asik carik pasal jer nak gaduh..bila dia tak der terasa rindu pulak..mesti berbunga2 hati dia kalau aku cakap aku rindu kat dia..heheheh..

Walhal boleh jer aku tahan rindu masa berjauhan hampir 1 1/2 tahun..ni berjauhan 3 bulan jer dah rasa len macam..Asik terngiang-ngiang jer sore dia nyanyikan lagu nie untuk aku..


Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna


Aku tau dia sayang aku sungguh2..dan aku nak dia tau juga yang aku sayang kan dia 2x sungguh2..

Sunday, March 8, 2009

Upin and Ipin Punya Story..

Sunday, March 8, 2009
Teruja..Itu yang pasti apabila aku dan beberapa member opis merancang untuk tengok citer Upin dan Ipin.

Punyalah semangat menghabiskan kelas awal pada waktu kejadian..semata2 nak tengok movie nie..oleh disebabkan aku and wardah abis kelas kul 4.30 petang, maka movie nyer haruslah ditonton pada pukul 5 petang. Azie pula terpaksa meninggalkan Kamal yang memang x nak tengok movie melayu..

Setelah berkejar-kejaran pegi solat asar pada tepat waktu nyer..baru lah dapat perkhabaran dari Kak Far yang mana dia ditugaskan untuk membeli tiket.."alah..tayangan waktu tu x der lah..yang ada kul 6.30 petang"..huhuhu..saper yang harus disalahkan??..aku kah??..ataupun movie online yang aku jadikan tempat rujukan untuk melihat waktu tayangan..dush..dush..dush..

Sian tengok Ibu Mengandung yang mengharapkan sesuatu dari kitorang..aku tau..ko nak ajak kitorang g jenjalan kan wardah??..hehheeh..

Sudah nyer..kitorang melepek melepak kat Kenny Rogers. Walaupun ketika itu duit ditangan ngam2 nak tunggu gaji..Makan punyer hal..duit abis pun x per..


Mari ke Pekan

Another entry ke Pekan lagi..oh..sungguh seronok bila berada disini..macam2 barang yang ada kat sini..dari kepala sampailah ke kaki. Dapat merasakan bahawa Pasar Tani disini lagi besar dari Pasar Tani di Kuantan.

Pergi berempat..kesemuanya ahli Kelab Tinggalkan Suami Masing2 di Rumah . naik kete baru ibu mengandung. Cuaca di Kuantan dari awal pagi agak mendung dan hujan renyai2. akan TETAPI bila sampai jer ke destinasi membeli belah..cuaca yang mendung bertukar cerah.. apakah maknanya itu.

Sampai disana..parking memang full..Nasib baik rezeki agak murah..senang jer dapat parking..Maka, bermula lah episod menerjah ke lorong demi lorong..terjumpa pula dengan ramai warga opis..kelakar lak rasa..


Disember Punya Cerita

Bulan Disember yang penuh dengan kisah suka dan kisah duka..kalau diberi penimbang, maka kisah duka akan mengambil ranking yang tertinggi sekali..uhukk..uhuk...

Minggu Pertama
Berita yang dinanti2..hubby aku dapat tukar ke Semenanjung dan yang paling besh nyer bila dapat Kuantan. So, makna nyer telah berakhir lah episod penantian kitorang selama 1 1/2 tahun.

Bila dah balik tue..heheheh..panjang le langkah nyer. Aku berkonvoi keTanjung Karang sebagai wakil utk merisik membe hubby aku, Nash. First time ke Tanjung Karang, aku dah jatuh cinta dengan environment kat sini. Tetiba mengingatkan aku suasana yang peaceful kat Kedah.

Minggu Kedua
Rumah aku diserang oleh segerombolan askar2 yang tengah bercuti sekolah..Perghh!!..memang pack tul umah aku. 2 + 4 + 2 = 8 orang. Bulan nie nyer bil letrik confirm mencecah ratusan..heheheh..
bodben 24 hours + PS2 24 hours..memang mantap. Sempena derang ada nie..abang ipar aku membeli si kancil untuk santapan derang.

Minggu Ketiga
Agenda yang paling biasa di department kitorang iaitu acara makan2. Sempena untuk meraikan kengkawan yang akan meninggalkan kitorang. Perlukah aku mention disini...hehehhe..semua dah tau kot.

Minggu yang penuh dengan dugaan..kete aku kena sondol dengan orang belakang..huhuhu...
aku x bersalah..ni semua gara2 kete depan aku..Dah ler ada "P" (Pemandu Paling Pangang). Nak masuk simpang x nak bagi signal..alih2 brek dan masuk simpang. Walaupun aku berada di jarak selamat, adalah agak mustahil untuk aku mengelak dan membrek pada kelajuan 75 km/j. Dengan instinct yang agak payau aku terdengar emergency brek dari belakang dan hentam kete aku.. Alhamdulillah aku x der ape2 walaupun cukup sayu tengok kete aku..tapi x sesayu mamat yang langgar aku. gila nak nangis muka. sebab kete dia lebih teruk dari aku. Untuk kali kedua nyer aku anto kete kt macha.




Minggu Keempat

Another dugaan aku..tak sampai 3 hari kuar bengkel..kete aku kena lagi..huhuhuhu...kali ni hubby aku yang bawak..aku x terkata apa..nie mmg macha pun x leh tolong. kos mahal..better claim insurance. so, anto lah kat Swee Lee. Pendek kata, 3 minggu lah kete aku baru siap dan makna kata aku keje 7.30 - 5.30 lah pas ni..