Sunday, March 22, 2009

My Best Friend Engagement

Sunday, March 22, 2009
Tempoh Perkawanan:
1985 - 2009
Jumlah Tahun Berkawan:
24 tahun
Jarak Rumah:
Selang sebuah rumah
Apa yang Sama:
1. Sekolah Tadika (1986)
2. Sekolah Rendah (1987 - 1992)
3. Sekolah Menengah (1993 - 1997)
4. Warna Kereta - Kedua-duanya berwarna itam. WALAUPUN kete dia besar dari kete aku.
5. Bergossip - Part ni yang paling aku suka. Heheheh...



Tahniah untuk kawan aku Juita yang dah selamat menjadi tunangan orang ari nie. Pejam celik pejam celik, rupa nyer aku dah kenal dengan dia hampir 24 tahun..So, tahun depan boleh lah aku ngan dia buat Perayaan Jubli Perak.

Dari zaman bermain galah panjang (walaupun tiada galah yang digunakan samada galah itu kayu mahupun buluh), bermain teng teng (mesti pencipta mainan nie orang cina), bermain "pongkes" dan memakai "seluar katak" (sian kat katak kan)..sehinggalah zaman berkerjaya..hubungan aku dan dia tetap kebal utuh seperti dolu. Lawak pula bila teringat zaman dulu-dulu semasa sama-sama membesar..walaupun saiz aku tidak juga besar-besar..

Terima kasih untuk dia sebab menjadi kawan, teman, sahabat aku yang selalu dengar masalah, cerita dan lawak aku selama ini. Terima kasih juga kerana menjadi tempat rujukan aku untuk minta cop bila nak apply keje gomen.

Harapan aku semoga jodoh dia dan saufi berkekalan untuk selama-lamanya..



Nota Kaki: Tetiba teringat kat Gotot, Maz, Naa dan Ervin. Bila agak nyer nak kuo bersama-sama sambil meninggalkan suami masing-masing di rumah.

1 comments:

Anonymous said...

alah anggun sungguh juita wanita melayu terakhir ni..pink kaler lagi.Sedih gak x dapat nak menyibukkan diri kat majlis ni..moga Juita & tunangnya cepat2 kawin..omei, ko mcm jadi pengapit juita je tu

Post a Comment