Tuesday, March 31, 2009

Entry khas untuk Nabil

Tuesday, March 31, 2009
Situasi Satu:

Nabil:
Ibu, Nabil nak tukar nama boleh?
Ibu: Nabil nak tukar nama per?
Nabil: Nak tukar nama Mohammad Kabir boleh?
Ibu: Kenapa nak tukar nama tu plak.bukan nyer tu nama cerita dalam tv tu ker?
Nabil: Iyer..Kabir tu boleh terbang..Nabil kan nak terbang cam superman..tu yang nak tukar nama.
Ibu: Ikut suka lah..

::Pengaruh cerita Kabir Hero Kabir Zero::


Situasi Dua:


Nabil: Ibu, Nabil nak tukar nama boleh?
Ibu: Lah..nak tukar nama lagi..Nabil nak tukar nama per plak?
Nabil: Nama selain Mohammad Nabil
Ibu: Kan nama tu sedap..
Nabil: Tak nak lah..kat sekolah, asal Nabil lalu jer mesti kawan2 cakap "Lu pikir lah sendiri"
Ibu: Ok lah tue..kan glamer.
Nabil: Tak nak lah..Nabil tak suka..Boleh tak tukar nama
Ibu: Boleh2..nanti ibu tulis kat buku sekolah Mohammad Nabilah Bin Zainal Abidin

::Pengaruh Raja Lawak::

Itu lah anak buah aku yang memang pelik lain dari yang lain. Kalau nak kira kan kakak dan abang nyer semua spesis yang mengadap buku, mengadap komputer. Yang dia ni plak..dari budak kecil, budak dewasa sampailah ke mak ayah budak kat taman perumahan dia semua kenal siapa Mohammad Nabil. Semua nak jadikan dia idola..kalau kat tadika dolu, waktu bersenam semua tak nak pakai baju yang pihak sekolah bagi, semua nak pakai baju spiderman ke, batman ke, power rangers ker..alasan nyer, sebab mohammad Nabil pakai baju tue..Betapa otai nyer dia kat skolah. Tetapi..seotai2 dia dengan sikap tak mahu menjadi pengalah kalah, mohammad Nabil tetap kalah dengan si kenit budak kecil nie.


Abang Nabil..tetap kalah dengan Myra

Baru2 nie, kakak aku buat birthday party untuk dia hasil dari jemputan yang telah dibuat tanpa pengetahuan ibu nyer..Oleh kerana, jemputan dah dibuat, nak tak nak kakak aku terpaksa on juga birthday party tu. bertuah punya budak..Siap order hadiah dari makcik2 dan pakcik2 nyer untuk dibawa ke majlis nyer..suka2 hati tul.


Sayalah Mohammad Nabil

Terima kasih kepada Kak Fara yang menyediakan kek yang sangat sedap itu..siap Mohammad Nabil request tak nak bawak keluar kek nyer sebab lawa sangat.


Kek yang sangat sedap..yummy..yummy..

Nota kaki: Kakak aku selalu pesan..if mengandung jangan terkenan dengan Mohammad Nabil..

2 comments:

syira said...

selalu aku baca je blog ko ni omei,
tapi hari ni xtahan lah tengok kek tu
sangatlah mengiurkan.. \o/

AKU yang bernama kawan... said...

weh omei..meh tgk blog aku lak...
http://khesahaku.blogspot.com.

Post a Comment